Ads 468x60px

Pages

Wednesday, August 17, 2011

mind ourselves

"Senyum lah ketika kita kehilangan sesuatu karna kita tahu Allah telah menyediakan yang lebih baik buat kita.senyumlah ketika keadaan membuat kita terpuruk karna kita tahu Allah akan mengubah kesedihan kita menjadi sukacita,senyumlah ketika seseorang menyakiti kita karna kita tahu Allah tidak pernah tidur dan selalu menjaga kita.“Janganlah kamu bersedih,sesungguhnya Allah beserta kita.”(QS.At-Taubah:40)

Tazkirah Ramadhan: Tiga Budak Universiti vs Seorang Pendayung Sampan.


Pada suatu masa dahulu, ada 3 orang pemuda yang pandai dan tinggi pengetahuan mereka. Pemuda pertama dah belajar dari banyak universiti, dari yg dalam negara, sampai seberang laut, hinggalah ke dalam laut. Pemuda kedua ni belajar di berbilang-bilang tempat dari US ke UK sampailah ke Timbaktu. Pemuda ketiga pun begitu lah juga, semuanya tinggi tahap ilmunya.
Tiba masa cuti universiti, mereka ni pun nak pulang ke kampung. Asal dari kampung yang sama mereka ni. Untuk ke kampung tu, diorang kena naik perahu merentas laut sebab kampung diorang kat pulau. Kebetulan mereka sampai ke jeti serentak, maka naiklah mereka bertiga dalam satu perahu yang sama dengan seorang pakcik pendayung perahu tu.
Dalam perjalanan, ketiga-tiga pemuda ni nak tunjuklah mereka pandai, dan cuba nak uji pendayung sampan. Pemuda pertama pun tanya pada pakcik pendayung.
“Pakcik… Pakcik tahu tak apa dia kamiran bagi x? Atau the integration of x?”
“Err, pakcik ni tak tahu apa-apa kemahiran lain, dayung sampan pakcik tahu lah”, jawab pakcik. Dia ingat kamiran tu kemahiran.
“Apalah pakcik ni, benda simple macam ni pun tak tahu. Integration of x is x2/2″, balas pemuda pertama dgn bongkak.
Giliran pemuda kedua pula tanya. Pemuda kedua ni belajar medic.
“Pakcik… Pakcik tahu berapa BP normal kita?”
“Err, kalau nak ke BP tu arah sana. Batu Pahat dalam beberapa batu je dari sini”, jawab pakcik tu.
“Apalah pakcik ni, BP tu blood pressure, normal dalam 120/80″, terang pemuda kedua yang juga bongkak.
Pemuda ketiga pun teringin nak menunjukkan kepandaiannya.
“Pakcik… Pakcik tahu tak berapa ramai penduduk London?”
“Err, manalah pakcik tahu, nak.. Pakcik ni, London tu memang pernah dengar, tapi Kuala Lumpur pun pakcik tak pernah sampai”, jawab pakcik tu sedih.
“Apalah pakcik ni, London’s population dalam 8 juta orang”, jelas pemuda ketiga.
Lalu mereka bertiga-tiga ni pun mengetawakan pakcik ni sebab soalan-soalan mudah ni pun dia tak tahu. Ha ha ha.
Tiba-tiba, langit yang cerah menjadi gelap. Awan hujan mula berkumpul, angin makin kencang dan ombak makin mengganas.
Pakcik ni lantas bertanya kepada 3 pemuda ni. Satu soalan yang ringkas,
“Nak… anak bertiga ni tahu berenang tak?”
Ketiga-tiganya menggeleng serentak.
Lalu, ribut pun datang melanda dengan dahsyatnya, perahu yang diorang naik tu pun terbalik. Hanya pakcik pendayung perahu je yang selamat, ketiga-tiga pemuda tu mati lemas dilambung ombak.
Kesimpulan dari cerita ni, carilah ilmu yang boleh menyelamatkan kita. Ilmu yang dimaksudkan, terang ustaz tu, ialah ilmu agama. Itu yang akan menyelamatkan kita dari dugaan dunia dan menjadi pelindung di akhirat. Rugilah kita kalau kita asyik sangat kejar ilmu duniawi, dan bermegah-megah dangan apa yang kita tahu, sedangkan kita mengabaikan ilmu yang lebih penting, yang dapat menjamin kesejahteraan kita, semasa hidup dan selepas mati.
Nukilan OnDaStreet: Kita terkadang leka dan terlupa, bahawa ilmu yang kita ada ini hanya amat sedikit berbanding potensi jumlah ilmu yang ada di dunia ini. Dari satu perspektif, pakcik sampan itu “bodoh” atau “kurang bijak”, hanya pendayung sampan dan tahu berenang. Setidaknya, jika sampan itu karam (sebagaimana dalam kisah ini), dia dapat berenang.
Begitu juga dengan 3 budak itu. Ilmu mereka berguna tika berada di dalam keadaan ilmu itu boleh digunakan. Mungkin bagi budak pertama itu, ilmu itu “menyelamatkan” dia tika menghadapi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ilmu matematik. Ilmu budak kedua pula “menyelamatkan” dia ketika berhadapan dengan pesakit. Ilmu yang dimiliki budak ketiga pula berguna ketika membuat kaji selidik mahupun apa jua yang memerlukan pengetahuan sebegitu.
Pokok pangkalnya, ilmu itu berguna tika ianya diperlukan. Kerana itulah, janganlah ilmu kita setakat yang asas dan Fardhu ‘ain, yang Fardhu Kifayah juga diperlukan. Jika kita hendak memakmurkan bumi ini, selain menunaikan kewajipan sebagai hambaNya, kedua ilmu duniawi dan ukhrawi diperlukan. Akan tetapi jangan takbur dan lupa diri, sudahlah! :)
Sama-samalah kita ambil iktibar dari kisah yang dinukilkan ini. Biarpun tidak disertakan dengan dalil naqli, setidaknya hikmah disebalik kisah ini kita ambil, teladani dan bertindak sewajarnya.
Wallahualam


http://ondastreet.wordpress.com/2009/07/10/tazkirah-jumaat-kisah-pakcik-sampan-3-budak/

Wednesday, July 20, 2011

Jom Berselawat ^_^


Assalamualaikum w.b.t.

Ingat lagi tak selawat ni kawan kawan?

توسلنا ببسم الله
وبالهادى رسول الله
وكل عارف بالله
واهل الله يا الله

يا الله شموس الهدى
شيوخ الورى
نجوم الندى
بهم نسلم من كل أذى
بقدر الله يا الله

maksudnya:

Kami bertawasul dengan Bismillah
dan (bertawasul) dengan al-Hadi (pemberi petunjuk jalan) iaitu Rasulullah
dan (bertawasul) dengan setiap orang yang arif dengan Allah (mengenali Allah sebenar2 kenal)
dan (bertawasul) dengan ahli Allah (orang yang hampir dengan Allah)
Ya Allah

Ya Allah!
(Kami bertawasul dengan) matahari2 petunjuk
dengan ketua-ketua segala makhluk
dengan bintang2 titisan embun
melalui mereka, kami selamat dari segala kejahatan
dengan takdir Allah
Ya Allah

Dulu masa kat sekolah, lepas maghrib kat musolla selalu kita baca. Mendayu-dayu je dengarkan? Rindu rasanya waktu tu. Banyak lagi selawat lain yang dulunya selalu kita baca, tapi semakin hari semakin lupa dan tak diamalkan. Ini hanyalah ingatan buat diri sendiri dan sahabat semua. Jom kita sama2 amalkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad dan selawat2 yang lain .. ;)

Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - dari riwayat Thabrani

Sekadar ingatan dan selamat beramal. ^^
~beLLanan~

Monday, July 11, 2011

Gambar Kelas Tingkatan 5

Assalamualaikum semua. Kaifa halukum? Hari aku rajen mengscan gambar2 lama including gambar2 kelas kita dulu2. This time, aku letak gambar masa Form 5 dulu yea. Next time, Form bawah pulak. Nantikan kemunculan gambar korang korang yang comel2 tu. hihi~

5 Ibnu Qayyim

5 Ibnu Taimiyah

5 Ibnu Sina

5 Ibnu Arabi

Sape ingat siapa yang buat wording SMAKJ belakang tu? ;p

I really miss that moment. Aku still ada lagi video kita masa buat wording tu although kaki aku berbalut lagi. MISS ALL OF YOU GUYZ! Kenangan ngan korang TAK kan ku lupa sampai bila2. ;)

~beLLanan~

Thursday, June 23, 2011

Mencari Jejak Yang Hilang

Di sini segalanya bermula..

Di sini kita mula belajar mengenal diri
Di sini kita mula mengenal manisnya ukhwah
Di sini kita mula mengenal indahnya nikmat sepertiga malam
Di sini kita mula mengenal erti jati diri
Di sinilah kita bertatih menjadi muslimin dan muslimat sejati



Masihkah kalian ingat pada kesegaran pepohon nan menghijau
Masihkah kalian ingat pada haruman si Tanjung kala bayu berpuput lembut
Masihkah kalian ingat pada nyanyian cengkerik kala malam menjelang
Masihkah kalian ingat pada sejuknya embun nan menitik kala dinihari
 Masihkah kalian ingat pada kelamnya kabus kala mentari mula mengintai
Masihkah kalian ingat pada mesranya wajah yang bertaut
Masihkah kalian ingat pada bahu-bahu yang menjadi sandaran
Masihkah kalian ingat pada eratnya silaturrahim nan tersimpul

Argghh...
Rindunya aku pada bau basah dedaunan kala embun menitik
Rindunya aku pada bau basah tanah kala hujan turun ke bumi
Rindunya aku pada hiruk-pikuk kalian di hostel, di dewan makan, di dalam kelas
Rindunya aku pada sapaan mesra wajah-wajah tulus kalian
Rindunya aku pada alunan zikrullah dari bibir-bibir mungil kalian
Rindunya aku pada dendangan merdu nasyid-nasyid kegemaran
Rindunya aku.. pada semuanya di Bukit Mahkota
tempat kita memintal kasih selama 5 tahun!!




Masihkah kalian ingat pada jiwa remaja yang bergelora tanpa kewarasan total
Masihkah kalian ingat pada tingkah kita yang sering sumbang
Masihkah kalian ingat segala kesongsangan kita kala itu
 Masihkah kalian ingat pada bicara luka kita pada para murabbi
jahilnya kita.. mengikut rentak hasutan syaitan durjana
derhaka pada murrabbi yang berhati suci

Ya Allah,
Kau ampunilah segala dosa-dosa kami,
dosa-dosa kedua ibubapa kami,
dan dosa-dosa para murabbi kami..
kekalkanlah taufik dan hidayah-Mu pada kami ya Allah
tetapkanlah iman kami ya Allah
jangalah kau bolak-balikkan hati kami
berkatilah kehidupan kami semua sehingga ke akhir hayat
rahmatilah kehidupan kami sehingga ke hari pembalasan
ameen, ya rabb


Sahabat...
Aku di sini sentiasa memahat semua kenangan itu
Aku di sini sentiasa merindui semua rasa itu
Aku di sini sedang merindui kalian
 Aku di sini sedang mencari jejak-jejak kita yang kian hilang 



Salam Rindu di Angin lalu,

Invitation verification.



Assalamualaikum and  Greeting.

I will assume all 22 member got the mail before (the password and id to access this account), hannan already post an entry about posting the entry in blog right? by put your name at the end of the entry. Just now, I've discovered on how to make the author automatically written your name. I think everybody got invitation from our blog. Don't think that invitation mail as a spam okey? Open that mail and click on the link given. After that, you must log in by using Google account. The system will managing your account to our blog, if you didn't have any google account, don't worry about that, just use the admin account and don't forget to put your name below. I know this is an annoying thing to do but I think this might be easier for us to do our work. 


Thank you.
-Local Admin

-copy from email that everyone receive

Friday, June 17, 2011

Salam Ukhwah!

Assalamualaikum w.b.t.


Rasa janggal pulak nak bahasakan diri apa dalam blog. Ana?Saya?Aku?Beta? Ish. Tu dah melampau. Baiklah. I think this is the 1st post selain daripada Encik Bradelove buat. I wanna make some rules untuk blog ni. But if ada yang disagree, boleh suarakan ye sayang sayang semua. Antara peraturan-peraturannya adalah : 


1) Semua student 16 Gent boleh buat post apa2 kat blog ni. Tak kesah about ur thought ke, idea ke, teguran ke, aktiviti batch ke, perkembangan korang ke (perkembangan badan tak perlu kot) anything ok. Semua boleh. ;)


2) Bahasa yang korang nak guna mestilah understandable. If nak tulis bahasa lain pun boleh. Cuma bagi la translate dia sekali ye kawan kawan. Boleh kami semua belajar bahasa baru sekali. Eh, aku rindulah nak cakap jawa. Sape boleh ajar? ;p


3) Digalakkan buat entry setiap kali anda anda ada buat reunion kecil-kecilan ke, or lepak2 dengan member ke. Secara tidak langsung, ahli batch tahu yang anda anda ada berjumpa and membuatkan orang lain jelez menjelesan. *err.makin teruk bahasa aku. Harap dimaafin. ;p


4) Kepada yang nak upload gambar pulak, pun boleh. Tak payah tulis apa apa. Gambar mungkin dapat menceritakan segalanya ^^


5) Last but not least, jangan lupa letak nama korang by the end of the post. Nanti tak tau pulak siapa yang post kan. No anonymous please. Thank you. ^^


Aku dah takde idea lagi. Anyhow, dah buat blog baru ni aku hope korang boleh lah aktif sikit berblog ni ye. Kesian blog lama dulu. The reason why buat blog baru is, blog lama dulu ramai complaint, tak dapat nak post apa apa. Dah isi form pun, still tak dapat jadi ahli kehormat. So, this is our NEW blog. And everybody can post anything u like to share with others. 




Any comment, just put it here ok dear? *_^


by,
beLLanan

Tuesday, June 14, 2011

Pohon Isi borang dibawah.

dari: khaled

assalamualaikum. Mohon isi form ni ek, aku nak collect info korg2 ek. Untuk memudahkan urusan bersama. 


ahlan wa sahlan.



This blog is underconsruction. Please visit our recent blog here. ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·
thank you.