Apakah Kriteria Lelaki Yang Paling Ideal?
Sering
kita mendengar maksud sepotong hadith yang berbunyi, “Dikahwini
wanita
itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,
keturunannya,
kecantikannya dan agamanya. Maka
utamakanlah (dalam
pemilihanmu
itu) wanita yang kuat beragama, nescaya
sejahtera hidupmu”
(Riwayat
Bukhari dan Muslim).
Secara
umumnya hadith ini menyenaraikan tentang ciri-ciri wanita yang
biasanya
menarik perhatian lelaki untuk dijadikan calon isteri. Wanita yang kaya,
berharta,
berdarjat tinggi dancantik jelita adalah pakej lengkap yang meruntun
hati
kaum lelaki untuk menyuntingnya.
Namun yang lebih penting hadith di atas
menyarankan kepada kaum lelaki
agar
memilih bakal isteri yang memiliki ciri “kuat penghayatan agamanya”. Ini
disebabkan
wanita yang melaksanakan segala ajaran
agama akan memberikan
pengaruh
serta kesan yang besar terhadap kebahagiaan hidup berumahtangga.
Bagaimana pula ciri-ciri lelaki yang baik
untuk dijadikan suami? Jika
hadith
di atas memberi panduan kepada kaum lelaki dalam memilih bakal isteri
mereka,
maka di samping itu Islam juga memberi panduan kepada kaum wanita
dalam
memilih bakal suami mereka.
Hal ini disebabkan aspek memilih jodoh bukanlah perkara yang boleh
dipandang
mudah. Ia tidak boleh dilakukan dengan
terburu-buru atau tanpa
penilitian
yang mendalam. Ini disebabkan
perkahwinan melibatkan soal
kehidupan,
zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal kita jalani
besama
dengan pasangan.
Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita, ia perlu menyelidik terlebih dahulu
latar
belakang bakal suaminya dari segi akhlak serta penghayatan agamanya.
Ini
kerana menurut kajian, kaum wanitalah yang
paling teruk menerima kesan
buruk
apabila suami mengabaikan hak isteri, tidak mempergauli isteri dengan
baik,
curang, tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan
sebagainya.
Adalah menjadi kewajipan ibu bapa memberikan
panduan yang baik bagi
anak-anak
perempuan mereka mencari bakal suami dari kalangan lelaki yang
berakhlak
tinggi dan taat pada ajaran agama.
Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud:
“Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu
dan
kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia
(dengan anak perempuan kamu). Jika hal
itu tidak kamu lakukan, akan
berlakulah
fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.
Sesungguhnya sifat-sifat inilah (baik akhlak
dan agama) yang mesti
dijadikan
kriteria utama di dalam memilih bakal suami sebelum dilihat atau dipilih
pada
sudut harta, pangkat dan kedudukan lelaki tersebut. Lelaki yang
sederhana
kehidupannnya tetapi berakhlak mulia serta taat melaksanakan segala
perintah
Allah SWT dan rasul-Nya itulah
sebenarnya seorang yang kaya,
sebaliknya
lelaki fasik (ingkar kepada suruhan Allah SWT ) walaupun hidup kaya
raya,
hakikatnya ia adalah miskin.
Mengapa demikian? Kerana kefasikan hidup akan melesapkan harta
kekayaan
melalui aktiviti perujudian, minuman
keras, berkunjung ke tempat-
tempat
maksiat, berfoya-foya dan sebagainya.
Hak-hak isteri dengan sendirinya
hilang
dan terabai. Isteri hidup dalam tekanan
perasaan kerana tanggungjawab
terhadap
keluarga dan anak-anak dilupakan. Inilah
yang dimaksudkan oleh
Rasulullah
SAW dalam hadis di atas sebagai “fitnah di muka bumi dan kerosakan
yang
besar”.
Suami yang hidup dalam kefasikan bermakna mengundang murka Allah
SWT. Jika Allah SWT sudah murka, bagaimanakah
rahmat dan keberkatan hidup
berumahtangga
akan dapat dinikmati?
Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang
lelaki datang menemui Hasan
bin
Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat. Katanya, “Anak
perempuanku
dipinang oleh beberapa orang
lelaki. Dengan lelaki yang
bagaimanakah
yang layak dikahwinkan dengan
puteriku?” Hasan menjawab,
“Kahwinkanlah
dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia
menyukai
isterinya ia pasti mengasihinya, teteapi jika ia tidak menyukai isterinya
pasti
ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)”.
Prof. Dr. Miqdad Yaljan dalam bukunya
bertajuk “al-Bayt al-Islami Kama
Yanbaghi
An Yakun” menulis: Soal perkahwinan adalah persoalan hidup
keseluruhannya. Lebih-lebih lagi kaum wanita dalam membuat
penelitian
terhadap
bakal suami. Ini kerana kuasa talak terletak di tangan suami
mereka.
Menurut beliau lagi, sekiranya perceraian
berlaku, ia akan lebih
mendatangkan
kemudaratan kepada wanita berbanding lelaki sama ada dari
sudut
sosial, psikologi dan ekonomi. Tambahan
lagi pandangan negatif
sesetengah
masyarakat kepada wanita bergelar janda menambahkan lagi
tekanan
perasaan mereka. Malah perasaan malu
akibat perceraian lebih dirasai
oleh
golongan wanita berbanding lelaki.
Rasulullah SAW juga amat benci kepada mana-mana bapa (atau wali)
yang
mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik. Baginda
mengingatkan
dalam sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa
yang menikahkan
anak
perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah memutuskan hubungan
silaturrahim
dengan anaknya sendiri”.
Lihatlah betapa tegasnya Rasulullah SAW dalam
menggesa para ibu bapa
agar
mengahwinkan anak perempuan mereka
dengan lelaki yang beriman dan
menjauhi
dari mengahwinkannya dengan lelaki yang fasik.
Apakah fitnah atau malapetaka yang lebih besar selain daripada
menikahkan
anak-anak yang berjiwa bersih,
berperibadi mulia dan taat
menjalankan
suruhan agama dengan lelaki yang tidak
menghiraukan perintah
Allah
SWT dan bergelumang pula dengan maksiat?
Kita melihat bahawa berapa ramai anak-anak
perempuan yang ketika
berada
di bawah naungan keluarganya tidak pernah melakukan maksiat, tetapi
apabila
berkahwin dengan lelaki fasik, mereka terus hanyut dalam arus maksiat
yang
diterajui oleh suami mereka sendiri.
Gadis yang pada mulanya berperibadi mulia,
akhirnya terseret jauh oleh
kesesatan
suaminya. Memakai pakaian yang
mendedahkan aurat, meninggalkan
solat
dan bentuk-bentuk ibadah lainnya. Semua
ini jelas merupakan kerugian
yang
nyata sekali bagi dirinya.
Oleh sebab itu, amat wajarlah Rasulullah SAW
menghukum mana-mana
bapa
atau wali yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang
fasik,
yang seolah-olah dia memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak
perempuannya
sendiri.
Kesimpulannya, kaum wanita perlu lebih teliti
dan berhati-hati dalam soal
pemilihan
jodoh. Ini kerana perkahwinan bukanlah
kontrak perniagaan yang
berorientasikan
keuntungan semata-mata, tetapi ia merupakan “ikatan sosial”
yang
merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti pertalian jiwa, kasih
sayang,
ketenangan hati, tuntutan biologi, nasab keturunan, hak,
tanggungjawab,
toleransi dan sebagainya.
Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang-
orang
bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang
soleh
dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin,
Allah
akan memberikan kekayaan kepada mereka
dengan limpah kurniaan-Nya,
kerana
Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui”. (an-Nur: 32).
Oleh: Husna Abdul Wahab
Majalah Sinar Rohani, Oktober 2004
No comments:
Post a Comment