Ads 468x60px

Pages


-Our Quote-

"Even though we've changed and we're all finding our own place in the world, we all know that when the tears fall or the smile spreads across our face, we'll come to each other because no matter where this crazy world takes us, nothing will ever change so much to
the point where we're not all still friends."


Lovers

Featured Posts

Wednesday, May 23, 2012

Wanita Mencari Jodoh


Apakah Kriteria Lelaki Yang Paling Ideal?

Sering kita mendengar maksud sepotong hadith yang berbunyi,  “Dikahwini
wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,
keturunannya, kecantikannya dan agamanya.  Maka utamakanlah (dalam
pemilihanmu itu) wanita yang kuat  beragama, nescaya sejahtera hidupmu”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Secara umumnya hadith ini menyenaraikan tentang ciri-ciri wanita yang
biasanya menarik perhatian lelaki untuk dijadikan calon isteri.  Wanita yang kaya,
berharta, berdarjat tinggi dancantik jelita adalah pakej lengkap yang meruntun
hati kaum lelaki untuk menyuntingnya.

 Namun yang lebih penting hadith di atas menyarankan kepada kaum lelaki
agar memilih bakal isteri yang memiliki ciri “kuat penghayatan agamanya”.  Ini
disebabkan wanita yang melaksanakan  segala ajaran agama akan memberikan
pengaruh serta kesan yang besar terhadap kebahagiaan hidup berumahtangga.

 Bagaimana pula ciri-ciri lelaki yang baik untuk dijadikan suami?  Jika
hadith di atas memberi panduan kepada kaum lelaki dalam memilih bakal isteri
mereka, maka di samping itu Islam juga memberi panduan kepada kaum wanita
dalam memilih bakal suami mereka.

 Hal ini disebabkan aspek memilih  jodoh bukanlah perkara yang boleh
dipandang mudah.  Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa
penilitian yang mendalam.  Ini disebabkan perkahwinan melibatkan soal
kehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal kita jalani
besama dengan pasangan.

 Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita,  ia perlu menyelidik terlebih dahulu
latar belakang bakal suaminya dari segi akhlak serta penghayatan agamanya. 
Ini kerana menurut kajian, kaum wanitalah yang  paling teruk menerima kesan
buruk apabila suami mengabaikan hak isteri, tidak mempergauli isteri dengan
baik, curang, tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan
sebagainya.

 Adalah menjadi kewajipan ibu bapa memberikan panduan yang baik bagi
anak-anak perempuan mereka mencari bakal suami dari kalangan lelaki yang
berakhlak tinggi dan taat pada ajaran agama.  Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: “Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu
dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu).  Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan
berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.

 Sesungguhnya sifat-sifat inilah (baik akhlak dan agama) yang mesti
dijadikan kriteria utama di dalam memilih bakal suami sebelum dilihat atau dipilih
pada sudut harta, pangkat dan kedudukan lelaki tersebut.  Lelaki yang
sederhana kehidupannnya tetapi berakhlak mulia serta taat melaksanakan segala
perintah Allah SWT  dan rasul-Nya itulah sebenarnya seorang yang kaya,
sebaliknya lelaki fasik (ingkar kepada suruhan Allah SWT ) walaupun hidup kaya
raya, hakikatnya ia adalah miskin.

 Mengapa demikian?  Kerana kefasikan hidup akan melesapkan harta
kekayaan melalui aktiviti  perujudian, minuman keras, berkunjung ke tempat-
tempat maksiat, berfoya-foya dan sebagainya.  Hak-hak isteri dengan sendirinya
hilang dan terabai.  Isteri hidup dalam tekanan perasaan kerana tanggungjawab
terhadap keluarga dan anak-anak dilupakan.  Inilah yang dimaksudkan oleh
Rasulullah SAW dalam hadis di atas sebagai “fitnah di muka bumi dan kerosakan
yang besar”.

 Suami yang hidup dalam kefasikan  bermakna mengundang murka Allah
SWT.  Jika Allah SWT sudah murka, bagaimanakah rahmat dan keberkatan hidup
berumahtangga akan dapat dinikmati?

 Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan
bin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat.  Katanya, “Anak
perempuanku dipinang oleh beberapa  orang lelaki.  Dengan lelaki yang
bagaimanakah yang layak dikahwinkan  dengan puteriku?”  Hasan menjawab,
“Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia
menyukai isterinya ia pasti mengasihinya, teteapi jika ia tidak menyukai isterinya
pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)”.

 Prof. Dr. Miqdad Yaljan dalam bukunya bertajuk  “al-Bayt al-Islami Kama
Yanbaghi An Yakun” menulis: Soal perkahwinan adalah persoalan hidup
keseluruhannya.  Lebih-lebih lagi kaum wanita dalam membuat penelitian
terhadap bakal suami.  Ini  kerana kuasa talak terletak di tangan suami mereka.

 Menurut beliau lagi, sekiranya perceraian berlaku, ia akan lebih
mendatangkan kemudaratan kepada wanita berbanding lelaki sama ada dari
sudut sosial, psikologi dan ekonomi.   Tambahan lagi pandangan negatif
sesetengah masyarakat kepada wanita bergelar janda menambahkan lagi
tekanan perasaan mereka.  Malah perasaan malu akibat perceraian lebih dirasai
oleh golongan wanita berbanding lelaki.
  Rasulullah SAW juga amat benci  kepada mana-mana bapa (atau wali)
yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik.  Baginda
mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud:   “Sesiapa yang menikahkan
anak perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah memutuskan hubungan
silaturrahim dengan anaknya sendiri”.

 Lihatlah betapa tegasnya Rasulullah SAW dalam menggesa para ibu bapa
agar mengahwinkan anak perempuan  mereka dengan lelaki yang beriman dan
menjauhi dari mengahwinkannya dengan lelaki yang fasik.

 Apakah fitnah atau malapetaka  yang lebih besar selain daripada
menikahkan anak-anak yang berjiwa  bersih, berperibadi mulia dan taat
menjalankan suruhan agama  dengan lelaki yang tidak menghiraukan perintah
Allah SWT dan bergelumang pula dengan maksiat?

 Kita melihat bahawa berapa ramai anak-anak perempuan yang ketika
berada di bawah naungan keluarganya tidak pernah melakukan maksiat, tetapi
apabila berkahwin dengan lelaki fasik, mereka terus hanyut dalam arus maksiat
yang diterajui oleh suami mereka sendiri.

 Gadis yang pada mulanya berperibadi mulia, akhirnya terseret jauh oleh
kesesatan suaminya.  Memakai pakaian yang mendedahkan aurat, meninggalkan
solat dan bentuk-bentuk ibadah lainnya.  Semua ini jelas merupakan kerugian
yang nyata sekali bagi dirinya.

 Oleh sebab itu, amat wajarlah Rasulullah SAW menghukum mana-mana
bapa atau wali yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang
fasik, yang seolah-olah dia memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak
perempuannya sendiri.

 Kesimpulannya, kaum wanita perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal
pemilihan jodoh.  Ini kerana perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yang
berorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi ia merupakan “ikatan sosial”
yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti pertalian jiwa, kasih
sayang, ketenangan hati, tuntutan biologi, nasab keturunan, hak,
tanggungjawab, toleransi dan sebagainya.

 Hayatilah firman Allah SWT  yang bermaksud:  “Dan kahwinkanlah orang-
orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang
soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan.  Jika mereka miskin,
Allah akan memberikan kekayaan  kepada mereka dengan limpah  kurniaan-Nya,
kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui”.  (an-Nur: 32).

Oleh:  Husna Abdul Wahab
Majalah Sinar Rohani, Oktober 2004




Sunday, January 15, 2012

Lagi sorang kawan kita nak kawen :)

Assalamualaikum w.b.t.

Hye korang. Ada dapat mesej pasal sorang lagi kawan kita akan kawen akhir bulan Januari ni?

Takpe, yang tatau meh aku kasi tahu ok?Aku dapat text daripada empunya diri sendiri.


"Salam. Sukacita menjemput sahabat2 ke kenduri kesyukuran sempena Pernikahan Halimahtusa'diah A.Aziz
&
Ahmer Ahmed Mohmed Akmarsogi
pada 21 Januari 2012, Sabtu
bertempat di
22/78 Rumah Kakitangan Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi Johor.
Doakan moga kami beroleh sakinah dan redaNYA.
Amin~ "
^_^


Subhanallah. Haritu adik kembarnya, Suwaibah yang kahwin. Sekarang kakaknya pula dah sampai seru. Alhamdulillah~


Ada ke yang tak kenal Halimah yang mana? Ni ada aku pointkan. Masa Form 5 dia kelas 5 Sina. Lagipun sape tak kenal kembar batch kite. kan?? :)

Thursday, January 12, 2012

Salam 2012 :)


Assalamualaikum semua :)

Pejam celik pejam celik dah tahun 2012 dah. Lebih kurang nak dekat 5 tahun kita meninggalkan SMAKJ tercinta tu kan. Banyak kenangan pahit masam manis kita kat sekolah. Kalau dulu mulut ni kutuk2, komplen2, tapi sekarang sekolah aka tempat belajar tu jugaklah yang kita rindu. Betul tak? hee~

Dalam masa 5 tahun ni, macam -macam dah jadi. Ada yang dah habis belajar. Habis degree. Dah bekerja. Dah tunang. Dah kawen dan dah ada anak. :) Bestt je dengarkan? hihi. Semakin hari usia memang mematangkan kita. Takley lagi jadi macam zaman sekolah dulu. Sibuk nak mencapub, nak buli budak bawah, nak ikut trend itu ini. Kita pun dah maken kenal dan jumpe identiti masing-masingkan? :)

Aku tiba-tiba rasa macam poyo lak cite pasal ni. HAHA.

Takde apa aku nak cerita sangat, cuma saje rasa nak menaep kat sini. ;p Eh korangg. Kalau korang ada cerita zaman sekolah nak disharekan dengan 1 batch, boleh je bagi kat aku tau. At least terupdate blog ni. ;)

Lepas ni InsyaAllah aku akan update setiap event batch kat blog ni. Sebab aku rasa lagi best bila cerita kat blog dari kat group je. Kan kan? hihi

Laterr aku nak update pasal something yang BAEK PUNYERR. hehe. Tungguuu~

Wassalam :)

Wednesday, August 17, 2011

mind ourselves

"Senyum lah ketika kita kehilangan sesuatu karna kita tahu Allah telah menyediakan yang lebih baik buat kita.senyumlah ketika keadaan membuat kita terpuruk karna kita tahu Allah akan mengubah kesedihan kita menjadi sukacita,senyumlah ketika seseorang menyakiti kita karna kita tahu Allah tidak pernah tidur dan selalu menjaga kita.“Janganlah kamu bersedih,sesungguhnya Allah beserta kita.”(QS.At-Taubah:40)

Tazkirah Ramadhan: Tiga Budak Universiti vs Seorang Pendayung Sampan.


Pada suatu masa dahulu, ada 3 orang pemuda yang pandai dan tinggi pengetahuan mereka. Pemuda pertama dah belajar dari banyak universiti, dari yg dalam negara, sampai seberang laut, hinggalah ke dalam laut. Pemuda kedua ni belajar di berbilang-bilang tempat dari US ke UK sampailah ke Timbaktu. Pemuda ketiga pun begitu lah juga, semuanya tinggi tahap ilmunya.
Tiba masa cuti universiti, mereka ni pun nak pulang ke kampung. Asal dari kampung yang sama mereka ni. Untuk ke kampung tu, diorang kena naik perahu merentas laut sebab kampung diorang kat pulau. Kebetulan mereka sampai ke jeti serentak, maka naiklah mereka bertiga dalam satu perahu yang sama dengan seorang pakcik pendayung perahu tu.
Dalam perjalanan, ketiga-tiga pemuda ni nak tunjuklah mereka pandai, dan cuba nak uji pendayung sampan. Pemuda pertama pun tanya pada pakcik pendayung.
“Pakcik… Pakcik tahu tak apa dia kamiran bagi x? Atau the integration of x?”
“Err, pakcik ni tak tahu apa-apa kemahiran lain, dayung sampan pakcik tahu lah”, jawab pakcik. Dia ingat kamiran tu kemahiran.
“Apalah pakcik ni, benda simple macam ni pun tak tahu. Integration of x is x2/2″, balas pemuda pertama dgn bongkak.
Giliran pemuda kedua pula tanya. Pemuda kedua ni belajar medic.
“Pakcik… Pakcik tahu berapa BP normal kita?”
“Err, kalau nak ke BP tu arah sana. Batu Pahat dalam beberapa batu je dari sini”, jawab pakcik tu.
“Apalah pakcik ni, BP tu blood pressure, normal dalam 120/80″, terang pemuda kedua yang juga bongkak.
Pemuda ketiga pun teringin nak menunjukkan kepandaiannya.
“Pakcik… Pakcik tahu tak berapa ramai penduduk London?”
“Err, manalah pakcik tahu, nak.. Pakcik ni, London tu memang pernah dengar, tapi Kuala Lumpur pun pakcik tak pernah sampai”, jawab pakcik tu sedih.
“Apalah pakcik ni, London’s population dalam 8 juta orang”, jelas pemuda ketiga.
Lalu mereka bertiga-tiga ni pun mengetawakan pakcik ni sebab soalan-soalan mudah ni pun dia tak tahu. Ha ha ha.
Tiba-tiba, langit yang cerah menjadi gelap. Awan hujan mula berkumpul, angin makin kencang dan ombak makin mengganas.
Pakcik ni lantas bertanya kepada 3 pemuda ni. Satu soalan yang ringkas,
“Nak… anak bertiga ni tahu berenang tak?”
Ketiga-tiganya menggeleng serentak.
Lalu, ribut pun datang melanda dengan dahsyatnya, perahu yang diorang naik tu pun terbalik. Hanya pakcik pendayung perahu je yang selamat, ketiga-tiga pemuda tu mati lemas dilambung ombak.
Kesimpulan dari cerita ni, carilah ilmu yang boleh menyelamatkan kita. Ilmu yang dimaksudkan, terang ustaz tu, ialah ilmu agama. Itu yang akan menyelamatkan kita dari dugaan dunia dan menjadi pelindung di akhirat. Rugilah kita kalau kita asyik sangat kejar ilmu duniawi, dan bermegah-megah dangan apa yang kita tahu, sedangkan kita mengabaikan ilmu yang lebih penting, yang dapat menjamin kesejahteraan kita, semasa hidup dan selepas mati.
Nukilan OnDaStreet: Kita terkadang leka dan terlupa, bahawa ilmu yang kita ada ini hanya amat sedikit berbanding potensi jumlah ilmu yang ada di dunia ini. Dari satu perspektif, pakcik sampan itu “bodoh” atau “kurang bijak”, hanya pendayung sampan dan tahu berenang. Setidaknya, jika sampan itu karam (sebagaimana dalam kisah ini), dia dapat berenang.
Begitu juga dengan 3 budak itu. Ilmu mereka berguna tika berada di dalam keadaan ilmu itu boleh digunakan. Mungkin bagi budak pertama itu, ilmu itu “menyelamatkan” dia tika menghadapi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ilmu matematik. Ilmu budak kedua pula “menyelamatkan” dia ketika berhadapan dengan pesakit. Ilmu yang dimiliki budak ketiga pula berguna ketika membuat kaji selidik mahupun apa jua yang memerlukan pengetahuan sebegitu.
Pokok pangkalnya, ilmu itu berguna tika ianya diperlukan. Kerana itulah, janganlah ilmu kita setakat yang asas dan Fardhu ‘ain, yang Fardhu Kifayah juga diperlukan. Jika kita hendak memakmurkan bumi ini, selain menunaikan kewajipan sebagai hambaNya, kedua ilmu duniawi dan ukhrawi diperlukan. Akan tetapi jangan takbur dan lupa diri, sudahlah! :)
Sama-samalah kita ambil iktibar dari kisah yang dinukilkan ini. Biarpun tidak disertakan dengan dalil naqli, setidaknya hikmah disebalik kisah ini kita ambil, teladani dan bertindak sewajarnya.
Wallahualam


http://ondastreet.wordpress.com/2009/07/10/tazkirah-jumaat-kisah-pakcik-sampan-3-budak/