Ads 468x60px

Pages

Wednesday, August 17, 2011

mind ourselves

"Senyum lah ketika kita kehilangan sesuatu karna kita tahu Allah telah menyediakan yang lebih baik buat kita.senyumlah ketika keadaan membuat kita terpuruk karna kita tahu Allah akan mengubah kesedihan kita menjadi sukacita,senyumlah ketika seseorang menyakiti kita karna kita tahu Allah tidak pernah tidur dan selalu menjaga kita.“Janganlah kamu bersedih,sesungguhnya Allah beserta kita.”(QS.At-Taubah:40)

Tazkirah Ramadhan: Tiga Budak Universiti vs Seorang Pendayung Sampan.


Pada suatu masa dahulu, ada 3 orang pemuda yang pandai dan tinggi pengetahuan mereka. Pemuda pertama dah belajar dari banyak universiti, dari yg dalam negara, sampai seberang laut, hinggalah ke dalam laut. Pemuda kedua ni belajar di berbilang-bilang tempat dari US ke UK sampailah ke Timbaktu. Pemuda ketiga pun begitu lah juga, semuanya tinggi tahap ilmunya.
Tiba masa cuti universiti, mereka ni pun nak pulang ke kampung. Asal dari kampung yang sama mereka ni. Untuk ke kampung tu, diorang kena naik perahu merentas laut sebab kampung diorang kat pulau. Kebetulan mereka sampai ke jeti serentak, maka naiklah mereka bertiga dalam satu perahu yang sama dengan seorang pakcik pendayung perahu tu.
Dalam perjalanan, ketiga-tiga pemuda ni nak tunjuklah mereka pandai, dan cuba nak uji pendayung sampan. Pemuda pertama pun tanya pada pakcik pendayung.
“Pakcik… Pakcik tahu tak apa dia kamiran bagi x? Atau the integration of x?”
“Err, pakcik ni tak tahu apa-apa kemahiran lain, dayung sampan pakcik tahu lah”, jawab pakcik. Dia ingat kamiran tu kemahiran.
“Apalah pakcik ni, benda simple macam ni pun tak tahu. Integration of x is x2/2″, balas pemuda pertama dgn bongkak.
Giliran pemuda kedua pula tanya. Pemuda kedua ni belajar medic.
“Pakcik… Pakcik tahu berapa BP normal kita?”
“Err, kalau nak ke BP tu arah sana. Batu Pahat dalam beberapa batu je dari sini”, jawab pakcik tu.
“Apalah pakcik ni, BP tu blood pressure, normal dalam 120/80″, terang pemuda kedua yang juga bongkak.
Pemuda ketiga pun teringin nak menunjukkan kepandaiannya.
“Pakcik… Pakcik tahu tak berapa ramai penduduk London?”
“Err, manalah pakcik tahu, nak.. Pakcik ni, London tu memang pernah dengar, tapi Kuala Lumpur pun pakcik tak pernah sampai”, jawab pakcik tu sedih.
“Apalah pakcik ni, London’s population dalam 8 juta orang”, jelas pemuda ketiga.
Lalu mereka bertiga-tiga ni pun mengetawakan pakcik ni sebab soalan-soalan mudah ni pun dia tak tahu. Ha ha ha.
Tiba-tiba, langit yang cerah menjadi gelap. Awan hujan mula berkumpul, angin makin kencang dan ombak makin mengganas.
Pakcik ni lantas bertanya kepada 3 pemuda ni. Satu soalan yang ringkas,
“Nak… anak bertiga ni tahu berenang tak?”
Ketiga-tiganya menggeleng serentak.
Lalu, ribut pun datang melanda dengan dahsyatnya, perahu yang diorang naik tu pun terbalik. Hanya pakcik pendayung perahu je yang selamat, ketiga-tiga pemuda tu mati lemas dilambung ombak.
Kesimpulan dari cerita ni, carilah ilmu yang boleh menyelamatkan kita. Ilmu yang dimaksudkan, terang ustaz tu, ialah ilmu agama. Itu yang akan menyelamatkan kita dari dugaan dunia dan menjadi pelindung di akhirat. Rugilah kita kalau kita asyik sangat kejar ilmu duniawi, dan bermegah-megah dangan apa yang kita tahu, sedangkan kita mengabaikan ilmu yang lebih penting, yang dapat menjamin kesejahteraan kita, semasa hidup dan selepas mati.
Nukilan OnDaStreet: Kita terkadang leka dan terlupa, bahawa ilmu yang kita ada ini hanya amat sedikit berbanding potensi jumlah ilmu yang ada di dunia ini. Dari satu perspektif, pakcik sampan itu “bodoh” atau “kurang bijak”, hanya pendayung sampan dan tahu berenang. Setidaknya, jika sampan itu karam (sebagaimana dalam kisah ini), dia dapat berenang.
Begitu juga dengan 3 budak itu. Ilmu mereka berguna tika berada di dalam keadaan ilmu itu boleh digunakan. Mungkin bagi budak pertama itu, ilmu itu “menyelamatkan” dia tika menghadapi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ilmu matematik. Ilmu budak kedua pula “menyelamatkan” dia ketika berhadapan dengan pesakit. Ilmu yang dimiliki budak ketiga pula berguna ketika membuat kaji selidik mahupun apa jua yang memerlukan pengetahuan sebegitu.
Pokok pangkalnya, ilmu itu berguna tika ianya diperlukan. Kerana itulah, janganlah ilmu kita setakat yang asas dan Fardhu ‘ain, yang Fardhu Kifayah juga diperlukan. Jika kita hendak memakmurkan bumi ini, selain menunaikan kewajipan sebagai hambaNya, kedua ilmu duniawi dan ukhrawi diperlukan. Akan tetapi jangan takbur dan lupa diri, sudahlah! :)
Sama-samalah kita ambil iktibar dari kisah yang dinukilkan ini. Biarpun tidak disertakan dengan dalil naqli, setidaknya hikmah disebalik kisah ini kita ambil, teladani dan bertindak sewajarnya.
Wallahualam


http://ondastreet.wordpress.com/2009/07/10/tazkirah-jumaat-kisah-pakcik-sampan-3-budak/